Kawanan Saya: Belia Katolik


Siapakan Belia Katolik?

Belia Katolik diberi definisi sebagai golongan umat Katolik yang berusia 13 sehingga 39 tahun.

Kommisi Episkopal ini ingin melayani semua belia Katolik yang sedang tinggal di negara Malaysia, Singapura dan Brunei.

Apakah cabaran dan halangan anda?

Saya bermohon kepada anak-anak mudaku supaya menceritakan apakah cabaran dan halangan yang tidak membenarkan anda menguatkan iman, tidak dapat memuliakan Nama Kristus ataupun tidak dapat berkongsi kasih Kristus dengan orang ramai.

Adakah cabaran dan halangan ini timbul dari hierarki gereja, ibu bapa dan keluarga, rakan sebaya ataupun kerana ajaran katekismus yang tidak berkesan?

Dengan ini saya bermohon kepada anda semua supaya berdaftar dan isikan banci yang ada di sebelah kanan agar Kommisi Episkopal untuk Belia Dan Kampus dapat melayani anda semua dengan efektif.