Kawanan Saya: Belia Katolik Bekerja


Siapakan Belia Katolik Bekerja?

Belia Katolik bekerja diberi definisi sebagai golongan umat Katolik yang berusia 18 sehingga 39 tahun yang bekerja secara tetap, kontrak ataupun sambilan.

Jangan hilangkan diri

Kepada anak anak mudaku yang sedang bertungkus lumus membina kerjaya anda - janganlah berputus asa bila berdepan dengan cabaran, janganlah berasa Hampa bila gagal melaksanakan sesuatu dan terutama sekali janganlah kita lupa yang Yesus Kristus adalah sumber segalanya untuk KITA.

Izinkan saya melaksanakan tanggungjawab kepada anda semua iaitu pembentukkan iman dan penyampaian sakermen seperti setiap umat Katolik di bawa jagaan saya.

Dengan ini saya bermohon kepada anda semua supaya berdaftar dan isikan banci yang ada di sebelah kanan agar Kommisi Episkopal untuk Belia Dan Kampus dapat melayani anda semua dengan efektif.