Kawanan Saya: Belia Katolik Kampus


Siapakan Belia Katolik Kampus?

Belia katolik Kampus diberi definisi sebagai golongan umat katolik yang berusia 18 sehingga 39 tahun yang berdaftar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ataupun institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sebagai penuntut institusi tersebut.

Kommisi Episkopal ini ingin melayani semua belia Katolik yang sedang tinggal di negara Malaysia, Singapura dan Brunei.

Marilah kita berkenalan

Wahai anak anak mudaku, saya sungguh bergembira kerana anda sedang memajukan diri dengan menyambung pelajaran anda di IPTA Dan IPTS. Ianya adakah harapan gereja agar esok hari anda menjadi pemimpin negara ini yang waras dan prihatin kepada semua golongan masyarakat.

Disebabkan andalah harapan esok, hari ini andalah taggungjawab saya. Saya bertaggungjawab kepada anda semua demi pembentukkan iman dan penyampaian sakermen seperti setiap umat Katolik di bawa jagaan saya.

Dengan ini saya bermohon kepada anda semua supaya berdaftar dan isikan banci yang ada di sebelah kanan disediakan agar Kommisi Episkopal untuk Belia Dan Kampus dapat melayani anda semua dengan efektif.